Ahad, 15 Januari 2012

Kesilapan kami ( jadikan iktibar )

assalamualaikum semua :)
hope dengan entry baru ne korang dapat open mind sikit yaa..
just nak beringat ingat wa kan kita nee..

Aku nak share sikit yaa.. aku harap selepas entry ne dapat bagi iktibar wat kitaa..
yang terlajak balik laa..yang baru mahu melakukan please jangan laa..

Adam harus menjaga kehormatan kaum hawa..
kaum hawa harus menjaga Harga diri mereka.. betul kn??
Kerna terjebak dengan SEX BEBAS akan membuat hidup kita terus mendapat Bahananya..


Mula berceritaa....

Namaku linda, aku baru berumur 15tahun sekarang, 
aku sama seperti gadis gadis lain di sekolah ku, masing masing punya boifrend.
zaman sekarang xda boifrend boring laaa.. malula dengan kawan kawan xada boifrend seusia aku nee..
nak jadi andartu ka xda boifrendd... pleasee laa yaaa..
Nama boifrend ku Zaki.. I love u Zaki.. baby sayang hubby sangat sangat..
3bulan dengan zaki akhirnya kami terlanjur dalam sex.. bagi aku itu normal laaa zaman sekarang..
bukan aku jak yang pernah kawan kawan ku pun pernah..
lagipun itu tanda sayang ku pada zaki... apa saja zaki minta aku pasti tunaikan...


9bulan selepas tu aku melahirkan Baby Perempuan :(
dalam usia semuda aku, aku xmampu besarkan anak itu.. aku terlalu mudaa...
Ayah dan ibu la yang menolong ku menghantar bayi ku ke Rumah Kebajikan..
Aku berikan nama bayi ku itu Alisa..
Zaki hilang entah ke mana selepas berpindah sekolah.. aku sangat sangat rindukan Zaki..
Frust giler aku time nee.. xsanggup aku kehilangan Zaki.. Pasal bayi itu lantaklaa..


Habis sekolah menengah ibu ku jodohkan aku dengan Seorang lelaki bernama Norman..
meskipun aku xrela tapi aku turutkan juga kerna aku tahu selepas melahirkan anak luar nikah ku
xda siapa lagi nak berkahwin dengan ku.. Lagipun keluarga Norman baik baik..
Diatas perkahwinan kami aku di kurniakan Bayi Lelaki yang ku berikan nama Naim..
Meskipun kami sudah dikurniakan anak aku tetap xbahagia :(
Aku masih sayangkan Zaki hinggalah tiba seorang lelaki yang penyayang.. Hamran dalam hidupku..


Aku menjalinkan hubungan curangku dengan Hamran.. aku tahu Norman memang lelaki baik tapi aku
xsuka dengannyaa.. Bila bersama Hamran aku rasakan seperti bersama Zaki dulu..
Aku Bahagia sangat sangat :)..
Dalam diam diam aku mengandungkan anak Hamran.. Aku dah lama tidak bersama Norman kerna
dia sering bertugas di luar negeri.. Mujurlah Norman tidak tahu akan latar belakang bayi yang ku kandung ne..
Hamran ingin meninggalkan aku, alasannya Dia juga mempunyai keluarganya sendiri dan takut keluarganya
dan keluarga ku tahu hubungan kami.. Aku mengerti dan merelakan saja pemergiannyaa.. Dan memberikan nama bayi kami Hana


Sekarang Anak ku Naim Dan Hana sudah dewasa.. masing masing mempunyai pekerjaan yang baik..
dan xlama lagi ingin berkahwin :).. Aku memintah anak anak ku mengadakan majlis perkahwinan mereka
pada hari yang sama dan mengadakan Majlis besar besaran :)
Dalam masa yang sama aku risau tentang Hana kerna dia memerlukan Wali iaitu bapa kandunganya sendiri..
demi anak anak aku rahsiakan hal ini.. aku nak Hana berwalikan Hakim.. Dan Hana menerimanyaa..
akhirnya rahsia ku tertutup lagi :)


Tiba masanya kami bertemu dengan pasangan anak anak kami.. 
Disini bermulanya pembalasan ke atas diri ku.. :(
Nama bakal menantuku untuk Naim ialah Alisa yang di besarkan di rumah kebajikan yang dimana
tempat ku meninggalkan anak ku dahulu.. Dan dia ialah anak aku.. anak luar nikah ku.. kakak Naim :(
kenapa jadi macam ni?? setelah aku tahu cerita yg sebenar aku diamkn diri ku dulu..


Tiba masanya keluarga pasangan Hana datang untuk membincangkan tentang perkahwinan mereka..
Tiba saja masuk keluarga mereka aku terpaku melihat Hamran ada..
dan rupa rupanya Hamran ialah Bapa bagi pasangan Hana..
aku bagaikan terkena strok mengetahuinyaa.. Kalau itu anak hamran jadi itu juga merupakan abang Hana..
Ya allah apa yang aku lakukan ne?? setelah membincangkan hal ini dengan Hamran..
akhirnya Hamran memberitahu hal yang sebenar benarnya pada mereka semua..


Hana kecewa dengan apa yang berlaku.. dia membenci ku.. dan malu dengan perbuatan ku..
Aku juga tidak sanggup menyimpan Rahsia siapa Alisa dari Naim.. Setelah membuat pengakuan..
aku di usir dari rumah.. Di tendang ke rumah orang tua tua kerna mereka malu dengan perbuatanku..
Hamran kini telah strok dan xsiapa pun yang ingin menjaganya..
konon nya mereka terasa terhina dengan perlakuan Bapa mereka dan isteri Hamran menuntut peceraian..

Ini yang kami dapat di atas dosa dosa kami dahulu.. kerna terlalu ikutkan nafsu.. aku malu bila anak anak ku memanggil ku perempuan murahan.. aku malu dengan suami ku.. aku di pandang hinaa :(



So u guys..
da habis baca entry nee?? ok la juga kan??
aku xbrapa pandai sangat menulis cerita nee..
apa apa pun isi tauladan dari cerita nee.. Mengapa Allah melarang kita melakukan ZINA??
kerna akan ada hikmanya.. contonhya macam cerita tadilah..
lahir anak tanpa asal usul yang baik.. terjadinya perkahwian adik beradik..
dihina oleh anak dan keluarga sendiri..
Buat BF/GF yang telah menyebabkan lahirnya anak anak luar nikah.. Di mana anak kamu sekarang?? 
betulkan apa yang salah sebelum terlambat..
ini untuk peringatan buat diri ku sendiri dan kita semua yaa.. TQ




Lebih baik mencegah dari membetulkan setelah binasa :)


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

leave ur comment..
thanks :)