Ahad, 15 Januari 2012

Anak Kacukan :D

Ramai orang salah teka bangsa ku apa..
ada yang bilang bugis, ada yang bilang pakistan, ada yg bajau, ada yg dusun
kdg itu d cakap macam anak Cina pulak ne aku kembang sikit ya =8
yang paling romantic di cakap tagalog.. ende ku alam :D

Moyang ku sebelah bapa
singh+brunei

Moyang sebelah mama 
Brunei+dusun 

Nenek/Datuksebelah bapa 
Singh brunei+ Brunei

Nenek/Datuk sebelah mama
Brunei+Dusun Brunei

Mama+Bapa
Brunei love Brunei..

Hasilnyaaaa...

Aku = Brunei tulen tapi ada GEN Dusun And Singh :D


Kesilapan kami ( jadikan iktibar )

assalamualaikum semua :)
hope dengan entry baru ne korang dapat open mind sikit yaa..
just nak beringat ingat wa kan kita nee..

Aku nak share sikit yaa.. aku harap selepas entry ne dapat bagi iktibar wat kitaa..
yang terlajak balik laa..yang baru mahu melakukan please jangan laa..

Adam harus menjaga kehormatan kaum hawa..
kaum hawa harus menjaga Harga diri mereka.. betul kn??
Kerna terjebak dengan SEX BEBAS akan membuat hidup kita terus mendapat Bahananya..


Mula berceritaa....

Namaku linda, aku baru berumur 15tahun sekarang, 
aku sama seperti gadis gadis lain di sekolah ku, masing masing punya boifrend.
zaman sekarang xda boifrend boring laaa.. malula dengan kawan kawan xada boifrend seusia aku nee..
nak jadi andartu ka xda boifrendd... pleasee laa yaaa..
Nama boifrend ku Zaki.. I love u Zaki.. baby sayang hubby sangat sangat..
3bulan dengan zaki akhirnya kami terlanjur dalam sex.. bagi aku itu normal laaa zaman sekarang..
bukan aku jak yang pernah kawan kawan ku pun pernah..
lagipun itu tanda sayang ku pada zaki... apa saja zaki minta aku pasti tunaikan...


9bulan selepas tu aku melahirkan Baby Perempuan :(
dalam usia semuda aku, aku xmampu besarkan anak itu.. aku terlalu mudaa...
Ayah dan ibu la yang menolong ku menghantar bayi ku ke Rumah Kebajikan..
Aku berikan nama bayi ku itu Alisa..
Zaki hilang entah ke mana selepas berpindah sekolah.. aku sangat sangat rindukan Zaki..
Frust giler aku time nee.. xsanggup aku kehilangan Zaki.. Pasal bayi itu lantaklaa..


Habis sekolah menengah ibu ku jodohkan aku dengan Seorang lelaki bernama Norman..
meskipun aku xrela tapi aku turutkan juga kerna aku tahu selepas melahirkan anak luar nikah ku
xda siapa lagi nak berkahwin dengan ku.. Lagipun keluarga Norman baik baik..
Diatas perkahwinan kami aku di kurniakan Bayi Lelaki yang ku berikan nama Naim..
Meskipun kami sudah dikurniakan anak aku tetap xbahagia :(
Aku masih sayangkan Zaki hinggalah tiba seorang lelaki yang penyayang.. Hamran dalam hidupku..


Aku menjalinkan hubungan curangku dengan Hamran.. aku tahu Norman memang lelaki baik tapi aku
xsuka dengannyaa.. Bila bersama Hamran aku rasakan seperti bersama Zaki dulu..
Aku Bahagia sangat sangat :)..
Dalam diam diam aku mengandungkan anak Hamran.. Aku dah lama tidak bersama Norman kerna
dia sering bertugas di luar negeri.. Mujurlah Norman tidak tahu akan latar belakang bayi yang ku kandung ne..
Hamran ingin meninggalkan aku, alasannya Dia juga mempunyai keluarganya sendiri dan takut keluarganya
dan keluarga ku tahu hubungan kami.. Aku mengerti dan merelakan saja pemergiannyaa.. Dan memberikan nama bayi kami Hana


Sekarang Anak ku Naim Dan Hana sudah dewasa.. masing masing mempunyai pekerjaan yang baik..
dan xlama lagi ingin berkahwin :).. Aku memintah anak anak ku mengadakan majlis perkahwinan mereka
pada hari yang sama dan mengadakan Majlis besar besaran :)
Dalam masa yang sama aku risau tentang Hana kerna dia memerlukan Wali iaitu bapa kandunganya sendiri..
demi anak anak aku rahsiakan hal ini.. aku nak Hana berwalikan Hakim.. Dan Hana menerimanyaa..
akhirnya rahsia ku tertutup lagi :)


Tiba masanya kami bertemu dengan pasangan anak anak kami.. 
Disini bermulanya pembalasan ke atas diri ku.. :(
Nama bakal menantuku untuk Naim ialah Alisa yang di besarkan di rumah kebajikan yang dimana
tempat ku meninggalkan anak ku dahulu.. Dan dia ialah anak aku.. anak luar nikah ku.. kakak Naim :(
kenapa jadi macam ni?? setelah aku tahu cerita yg sebenar aku diamkn diri ku dulu..


Tiba masanya keluarga pasangan Hana datang untuk membincangkan tentang perkahwinan mereka..
Tiba saja masuk keluarga mereka aku terpaku melihat Hamran ada..
dan rupa rupanya Hamran ialah Bapa bagi pasangan Hana..
aku bagaikan terkena strok mengetahuinyaa.. Kalau itu anak hamran jadi itu juga merupakan abang Hana..
Ya allah apa yang aku lakukan ne?? setelah membincangkan hal ini dengan Hamran..
akhirnya Hamran memberitahu hal yang sebenar benarnya pada mereka semua..


Hana kecewa dengan apa yang berlaku.. dia membenci ku.. dan malu dengan perbuatan ku..
Aku juga tidak sanggup menyimpan Rahsia siapa Alisa dari Naim.. Setelah membuat pengakuan..
aku di usir dari rumah.. Di tendang ke rumah orang tua tua kerna mereka malu dengan perbuatanku..
Hamran kini telah strok dan xsiapa pun yang ingin menjaganya..
konon nya mereka terasa terhina dengan perlakuan Bapa mereka dan isteri Hamran menuntut peceraian..

Ini yang kami dapat di atas dosa dosa kami dahulu.. kerna terlalu ikutkan nafsu.. aku malu bila anak anak ku memanggil ku perempuan murahan.. aku malu dengan suami ku.. aku di pandang hinaa :(



So u guys..
da habis baca entry nee?? ok la juga kan??
aku xbrapa pandai sangat menulis cerita nee..
apa apa pun isi tauladan dari cerita nee.. Mengapa Allah melarang kita melakukan ZINA??
kerna akan ada hikmanya.. contonhya macam cerita tadilah..
lahir anak tanpa asal usul yang baik.. terjadinya perkahwian adik beradik..
dihina oleh anak dan keluarga sendiri..
Buat BF/GF yang telah menyebabkan lahirnya anak anak luar nikah.. Di mana anak kamu sekarang?? 
betulkan apa yang salah sebelum terlambat..
ini untuk peringatan buat diri ku sendiri dan kita semua yaa.. TQ




Lebih baik mencegah dari membetulkan setelah binasa :)


Sabtu, 7 Januari 2012

Borak borak ( nombor ekor ) :D

borak borak kat rumah...

Aku:  mak.. semalam aku mimpi ikan besar bah..

mama: nahh bagus kita ambil nombor ekor nong.. untung besar tu..

aku:  xmahu la aku mak.. duit haram kn tu??

Mama: ada ustaz bilang boleh bagi halal tu duit tapi dengan syarat bagi sedekah juga ma anak yatim piatu

Aku:  yaka mak?? kalau gtu mahu la aku mak.. kalau RM1000 aku kena aku bg terus jak ma anak yatim   piatu tapi kalau lebih dari itu aku kena aku bagi dua boleh kn mak??

Mama: boleh bah napa tidak boleh kn.. yang penting kau bagi anak yatim piatu separuh.. tidak kira umur la kau bagi kn.. yang penting anak yatim..

Aku: yaala mak napa pulak mahu kira umur..?

Mama: mama ne pun anak yatim piatu ne, kau sedekahlah juga dengan mama arr.. Kalau RM1000 tu kan kau xmahu kau bilang, xpayahla kau cari jauh jauh.. =D

Aku: begini bah pulak kan ceritanya :P


# pancingan ba pulak mama aku ne dengan aku.. sabar jak aku yaaa

Sabtu, 31 Disember 2011

Kami rindu papa kami :'(

Kamu harus beruntung masih punya bapa di sisi kamu...
masih ambil berat pasal kamu..
sakit kamu dia merasanyaa..
penderitaan hidup kamu dia tahu...

post ku kali ne bukan untuk mengaibkan sesiapa..
tapi untuk menyampaikan utusan hati yang beku nee...

aku..
nadi..
dugu..
bibi..
cici..

Kami rindu bapa kami!!!!
bagi pulang bapa kami yang dulu..
yang sayang kami..
yang sentiasa kol kami..
yang tahu keputusan setiap ujian skool kami..
yang tahu kami sihat atau tidak...
yang tahu kami solat atau tidak hari nee..
yang sering ingin jumpa kami...

Bagi balik bapa kami yang dulu sekarang!!!

Weehh family baru ku..
kau kira beruntung time bapa ku menjadi bapa kamu sekarang
kamu di jaganyaa..
kamu dilihatnya hari hari..
kamu merasa sakit pahit and manisnya dengan dia..
dia dengar masalah kamu...
dia sayang sayang kamu...

di sebabkan ini semua!!!!
adik bongsu kehilangan HERO dalam hidupnyaa..
kamu tahu yang adik bongsu ku adalah anak Kesayangan bapa ku???

Sekarang???
Adik ku di biar biar..
dia takut tuk contact bapa ku..
dia rasa di sisi kann..
dia rindu HEROnya dulu..

Dan kamu dengar sini wahai family baru ku and Bapa ku...

Kami xkesa semua ne berlaku kerna semua ne takdir Allah..
kami bersyukur Allah berikan kami ibu yang perfect
boleh menjaga kami seperti bapa dan ibu..
meskipun kami kehilangan Nenekanda yang tercintaa..
kami masih kuat tuk berdiri..
kami xmuda tuk di pijak pijak..

Bapa..

Kami redhakan apa yang telah terjadi..
buruk baik mu kau masih bapa kami..
senang and susah mu meskipun kami xtau kami  sentiasa doakan yang terbaik..
ingat and restui kami dalam setiap doa mu..
kau masih HERO dalam Hati kami <3



Isnin, 26 Disember 2011

assalamualaikum..

baliknya aku ke kampung ku tadi membuatkan hati aku teringat kembali kenangan yang amat menyedihkan ketika di sana...
retak hatiku bila ingat kembali apa yang dilalui keluarga ku di sana, kepayahan hidup yang teda kesudahannya di sna, penderitaan jiwa mom ku yang tercinta masih terlihat sisa2 nyaa.. hanyaa Allah saja yang dapat membalas budi baik keluarga ku di sana yang sanggup menolong kami untuk hidup :)


Buat my cuzzen :

aku sentiasa doakn kebahagian keluarga mu di sana, apa pun yang berlaku kamu berdua tetap Cuzzen yang the best untuk kami di sini, jangan pernah ptus asa yaa.. kerna Allah sentiasa menunaikan doa org2 yang dalam kesusahan. Allah xkan biarkan hamba2nya sentiasa menangis tanpa ada bahagia berdoa laaa...

setiap yang berlaku pasti ada hikmanya, nasib mu sama juga seperti kami, berantaknya keluarga kami membuatkam kami hilang arah tuju, ada kalanya kecewa d lahirkan ke dunia dengan nasib yg macam ne tidak seindah keluarga orang lain, tapi ada hikmahnya akhirnya kami ada keluarga baru yang haapppYyy  xD

sayangi bonda mu yang banyak berkorban, bahagiakan dia seboleh kamu yaa.. 
bonda mu xda tempat bergantung lain mlainkan kamu berdua.. sungguh besar pengorbanannyaaa :(
di sebalik senyumnya masih terselit luka2 lalu.. :( untuk menghidupkan kamu untuk menyempurnakan kamu tanpa suami tercinta amat perit, apa lagi dengan kesihatannya yang semakin hari semakin memakan diri...

suci hatinya ingin melihat kamu berjaya, tidak mahu kamu di pandang hina oleh keluarga2 yang smbong itu (phm2la yaa).. Insyallah kalau ada apa2 contact jak kami d cne k... perpisahan ibu and ayah bukan masalah tapi alasan untuk kita lebih berani berdiri.. AYAH?? kamu lihat sendiri kn dia udah lama biarkan kami sendiri nasiblah ada IBU and arwah mak mok tempat kami bergantung :( ...

Cuma ingat satu saja jangan pernah berdendam, biarkan saja semua tu.. apa apa pun dia tetap Ayah kamu...

"Jangan sedih2 k :)"





Selasa, 20 Disember 2011

Disebalik kesedihan ku ada Hikmahnyaa :)

assalamualaikum korang :)

arine penat sgt aku :( 
tapi xpa dapat gak duit sikit hihi..
tadi aku tu tolong abg2 KYS buat promosi kat Hotel Orchid tenom

pas balik dari sana tolong mom kat warung lagi..
memang kick la penat harine..
xapala yang penting HALAL kn??

aku hepy banyak kerja yang aku dapat buat,
xdala boring kn?? lagipun bulan ne rezeki ku melimpah2

*Claim contractor.. 
*hasil jualan ku berjalan dengan baik...
* mom dengan rela hati bagi Fulus kat aku..(kadang mom ku kedekut hihi)..
* Kalau nasib and rezeki ku baik insyallah akan ada 2 keja untuk Is'lah Enterprise ( Nma lesen ku) jalankan
dalam bulan ne atau tahun depan.. Jumlah?? hanya ne mampu ku jawap..
 membolehkan aku buka kedai baru tuk mengantikan warung momku...
doakan aku untuk mendapatkannya dan semuanya berjalan lancar k..
* aku dapat idea baru untuk menambahkan pendapat baru alhamdulilaa..

aku juga uda start lupakan EXBOI ku...
syukurla pada Allah kerna sentiasa tenangkan dri ku dalam pelbagai ujian..
saat2 aku bermasalah dia hilang..
xda tempat aku nak ngadu.. nak share cerita..
its ok aku masih ada family and Allah di hati ku
meskipun ada kalanya aku rasa sunyi xda diaa.. :')

aku berharap bila tiba masanya nanti aku uda lupakn dia..
dia xkan muncul dalam hidup aku lagii..

kalau tiba2 dia muncul mcam mna???

aku cepat2 nak kawin ma orang lain biarlah nikah and check HIV jak
xyala sanding2.. serik aku sayang orang macam dia..
;p

disebalik kesedihan aku, ujian2 ku,dan kehilangan dia..
aku semakin kuat semangat
semakin matang
semakin berani..
semakin hepy
semakin kukuh

"hidup dengan bahagia itu sudah cukup untuk menyakitkan hati Musuh kita"


Sabtu, 10 Disember 2011

Ingat bulan ingat P.Ramlee :)



Malam bulan di pagar bintang
Makin indah jika dipandang 
Bagai gadis beri senyuman
Pada bujang idaman..  ceewaahh nyanyi wa kitaa hihi

Mulanya tu aku xdala ingat sangat lagu nee besa la kn aku ne
tengah demam AG COCO bukannya P.Ramlee kn.. 
tapi sekali skala dgr lagu ne best la hihi..
betul gak ckp bro ku tu bestnya tengok gerhana bulan tadi
sambil di iringi dendangan lagu P.Ramlee neee hihi..


sampai di post2 ke wall Facebook aku lagu2 P.Ramlee hihihi..
thanks my bro.. muaahh.. 
bro ku ne skang tengah Syok tengok Livepool.. paham2 la yaa uda namanya Cowok pakkk mesti minatnya itu bolaaa yaaa hihi.. ( apasal ckp ala2 endon nee aisshh)


Korang now wat pa?? Buat benda yg ok2 jak k.. jan yg dosaa.. Awas anda sedang di perhatikan oleh 2 malaikat kat sebelah anda hihihi..

k la malam ne nak bobo awal coz besok banyak keja nak buat..
besok Mom nak minta tolong2 dia kat kedai :(.. nasibb badann.. nasib cyg mama kn kena la turut perintaahh.. syurga itu di tapak kaki ibu bukan di dpn laappyy.. xpasal2 kang krass macam Si Tanggang..(betul ka eja nama dak ne?? tanggang??)

k assalamualaikumm :)


P.Ramlee Seniman Lagenda Seni Yang Terbaik..